Tanggal 17 Disember 2011 iaitu sabtu lepas aku dengan member aku telah ke Mines untuk menonton Songlap. Sumoah aku cakap ni la 1st time aku rasa nak tengok citer melayu. Kalau tak memang harapan la. Bukan tak nak tengok citer melayu ni tapi aku sekarang ni memang prejudis giler dengan cter melayu. Sumpah aku cakap industi perfileman Malaysia sekarang ni makin lama makin hambar. Tak citer hantu, toyol mesti citer cinta. Come-on la. Bler nak maju. F*ck !!! Isu ni rase da ramai tau so aku malas nak cter lebih.
So back to the story, Songlap hasil pengarahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak menceritakan tentang 2 beradik Am(Shaheizy Sam) dan Ad( Syafie Nawap) yang hidup berdua tanpa mak bapak nak survive kat dunia yang fana ni. Ni lebih kurang la aku cerita. So diorang ni terlibat dengan sindiket penjualan baby atau anak haram. Ad ni nak berubah dia nak tinggalkan kehidupan dia tapi atas sebab abang dia, dia terpaksa stay ye ah da abang dia je yang ada kt dunia ni.
So isu yang dia nak ketengahkan memang la pasal sindiket penjualan baby, tapi ada isu lain macam isu pelacuran, keruntuhan institusi kekeluargaan dengan macam-macam lagi ah. Bagi aku isu macam ni orang nampak tapi orang buat-buat macam tak da pape sangat pon. AKu sendiri rasa da biasa dengan isu pelacur ni, tak masuk lagi ngn isu bapak jual anak, dadah macam-macam ah.
Faktor penarik citer ni bagi aku tajuk dia. Songlap. Simple but yet interesting. Bagi yang follow novel fixi mesti akan rasa macam citer ni macam citer dalam novel Pecah, Jerat. Siyes dari segi plot die memang best. Pengkarakteran macam-macam lagi ah. And yes ada unsur-unsur Yasmin Ahmad dalam citer tu. Aku tak nak cter cmne tapi memang ade. Pastu disebabkan citer ni nak menunjukkan realiti dunia yang sebenarnya, ade scene kejar mengejar gengster kejar hero. Tapi x la macam dalam KL Gengster or KL Drift yang gengster mulut ckp nk stailo tapi cam hampeh. Dalam citer ni ada gengster tp cool giler senyap je. Tapi nak bunuh orang kejap je..haha~~ awesome wow... Plus ni la 1st time aku tengok Shaheizy Sam berlakon cara yang sama cam dulu. Bawak watak yang berat. Bagi yang penah tengok dia berlakon dulu sebelum dia dikomersilakn dengan selepas memang lain giler. Banyak watak die pegang simple sangat. Dulu-dulu best giler..haha~~
Bagi kelemahan citer ni aku tak ley nak cakap sangat. Bukan apa sebab macam tak dak kelemahan pon citer ni. Hah !! ada pon skit je kat watak Ad yang pada aku kurang skit penghayatan. Level mood naik tapi tak sampai ke tahap yang sepatotnya. Yang len bagi aku sangat-sangat best dan awesome.
Kepada yang belum menonton boleh menjengok ke wayang-wayang yang berdekatan tok tonton citer ni. X pon tggu je lgi 2,3 mggu kuar la kt tenet nk donlod. Donlod dan tengok rr. The best Malay Movie ever yet.
Sekian.
No comments:
Post a Comment